STAIN KEPRISTAIN KEPRI

PERADAPERADA

Hadis Maudhu adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w samaada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaqnya atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta semata-mata. Di dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadis maudhu disebut juga dengan nama hadis palsu. Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah faktor kemunculan hadis maudhu serta kesannya terhadap amalan beribadah umat Islam sekarang ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui temu bual serta pengumpulan dokumen berupa kitab-kitab hadis. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kemunculan hadis maudu adalah adanya musuh Islam yang ingin merosakkan hadis yang betul, sikap fanatik terhadap kumpulan, sikap ambil mudah dalam meriwayatkan hadith, sikap kepentingan diri dan mencari kemasyhuran orang ramai, kejahilan tentang ajaran Islam yang sebenar. Kesan hadis maudhu merosakkan akidah umat Islam, merosakkan amalan syariah umat Islam, merosakkan akhlak umat Islam, merosakkan pendirian umat Islam, mengabaikan hadith sahih. Untuk itu pengkaji mencadangkan supaya umat Islam lebih berhati-hati dalam memahami sesuatu hadis serta mengamalkannya, kerana ditakutkan ianya merupakan hadis maudu atau hadis palsu.

Semangat ekstrem, syirik melalui perbuatan kepada perkara tahyul serta melakukan ibadat tidak mengikut syariat merupakan kesan penyebaran hadis palsu secara meluas dalam kalangan umat Islam.Malaysia terkesan antara negara yang tersebar hadis-hadis palsu dalam kehidupan seharian, lebih buruk seiring perkembangan teknologi terkini.Namun isu lebih besar apabila hadis bersifat maudhu atau palsu itu dijadikan amalan dan kepercayaan sehingga menyesatkan akidah umat Islam yang menerimanya tanpa merujuk sumber dipercayai dan bertauliah.

Penelitian lanjutan dapat fokus pada pengaruh media sosial dalam penyebaran hadis maudhu dan bagaimana strategi edukasi masyarakat bisa mengurangi praktik ini. Selain itu, penting untuk mengeksplorasi peran pendidikan agama dalam memperkuat pemahaman umat Islam tentang kredibilitas hadis. Terakhir, penelitian bisa mengevaluasi dampak dialog antar-agama dalam mengatasi kesalahpahaman terkait hadis palsu dan memperkuat persatuan umat Islam.

  1. KESAN HADIS MAUDHU’ DALAM AMALAN UMAT ISLAM | PERADA. kesan hadis maudhu amalan islam perada main... doi.org/10.35961/perada.v2i1.27KESAN HADIS MAUDHUAo DALAM AMALAN UMAT ISLAM PERADA kesan hadis maudhu amalan islam perada main doi 10 35961 perada v2i1 27
Read online
File size618.96 KB
Pages9
DMCAReport

Related /

ads-block-test