IAIN GORONTALOIAIN GORONTALO

Proceeding of Annual International Conference on Islamic EducationProceeding of Annual International Conference on Islamic Education

Fajar sidik menjadi penentu awal waktu solat subuh. Keamatan kecerahan fajar sangat rendah ketika mula terbit. Kecerahan fajar beransur-ansur bertambah sehingga cerah. Kecerahan fajar bertambah secara berfasa. Fasa fajar atau subuh di dalam Al-Quran disebut sebagai tanaffas dan isfar dalam surah At-Takwir ayat 18 dan Al-Mudatsir ayat 34 masing-masing. Ayat ini menggambarkan ada dua peringkat atau fasa kecerahan waktu subuh iaitu tanaffas dan isfar. Dua peringkat kecerahan yang berbeza ini menggambarkan ada dua fasa fajar sidik. Penelitian ini bertujuan untuk menentukan waktu berlaku dan sudut tunduk Matahari untuk fasa tanaffas dan isfar. Penelitian dijalankan dengan kaedah cerapan di lapangan di beberapa lokasi di Malaysia dan Indonesia. Perkakasan yang digunakan ialah tetingkap benang. Dapatan menunjukkan fasa tanaffas apabila benang putih mula kelihatan dan fasa isfar apabila benang hitam mula kelihatan. Fasa tanaffas terjadi 14 minit selepas fajar sidik terbit pada sudut matahari 16 darjat di bawah ufuk sementara fasa isfar terjadi 25 minit selepas fajar sidik terbit pada sudut 14 darjat di bawah ufuk hingga terbit Matahari.

True dawn terdiri dari dua fasa, tanaffas dan isfar.Fasa tanaffas terjadi pada sudut matahari 16 darjat di bawah ufuk, sementara fasa isfar terjadi pada sudut 14 darjat di bawah ufuk hingga terbit Matahari.Hasil penelitian ini menyumbang pemahaman makna kata tanaffas dan isfar dalam ayat Al-Quran.

Penelitian lanjut dapat mengkaji dampak perubahan cuaca terhadap akurasi pengukuran fasa fajar, mengembangkan metode penentuan fasa dengan alat optik modern, serta membandingkan perbedaan sudut matahari antar kawasan geografis berbeda. Penelitian juga bisa memperluas pengamatan ke wilayah lintang lebih tinggi untuk menguji variasi sudut fajar. Selain itu, penggunaan analisis statistik multivariat diperlukan untuk mengidentifikasi pola hubungan antara kondisi atmosfer dan visibilitas benang di berbagai lokasi.

  1. #pai learning#pai learning
  2. #tetingkap benang#tetingkap benang
Read online
File size286.71 KB
Pages7
Short Linkhttps://juris.id/p-3rX
Lookup LinksGoogle ScholarGoogle Scholar, Semantic ScholarSemantic Scholar, CORE.ac.ukCORE.ac.uk, WorldcatWorldcat, ZenodoZenodo, Research GateResearch Gate, Academia.eduAcademia.edu, OpenAlexOpenAlex, Hollis HarvardHollis Harvard
DMCAReport

Related /

ads-block-test