LITPAMLITPAM

International Journal of Linguistics and Indigenous CultureInternational Journal of Linguistics and Indigenous Culture

Kemahiran komunikasi seseorang itu sangat penting memandangkan manusia merupakan makhluk ini, sosial dan memerlukan komunikasi bagi melengkapi kehidupan sehari-hari. Mutakhir perkembangan teknologi semakin meningkat dan berkembang pesat ke dalam kehidupan masyarakat. Hampir keseluruhan aktiviti harian yang dijalankan tidak terlepas dari penggunaan teknologi, bermula dari semudah memesan makanan sehingga ke pekerjaan dan pembelajaran. Apalagi dalam bidang politik yang juga tidak terlepas dalam memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada. Bidang politik ini merupakan medium yang penting dalam hubungan masyarakat dengan kerajaan sehingga adanya konsep solidariti. Perkara ini disebabkan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam bermasyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk meneliti takrif, kepelbagaian ciri, dan peranan penggunaan retorik berlandaskan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Selain itu, untuk menelaah penanda-penanda dalam bentuk pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan serta mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan ahli politik Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq dalam platform Tiktok.

Sebagai kesimpulan, kertas kerja ini memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) untuk menelaah penanda-penanda dan mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq dalam platform Tiktok, iaitu sebanyak tujuh belas buah video Tiktok.Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, kajian ini mendapati empat dari lima sahaja jenis retorik yang telah ditemui dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, iaitu retorik pendedahan sebanyak 50.2 peratus dan retorik penghujahan sebanyak 9.Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata sendi nama, kata seru, dan penggunaan segmen agama.

Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, kajian ini mendapati empat dari lima sahaja jenis retorik yang telah ditemui dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, iaitu retorik pendedahan sebanyak 50.7 peratus, retorik pemujukan 24.6 peratus, retorik penerangan 15.2 peratus dan retorik penghujahan sebanyak 9.4 peratus. Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata sendi nama, kata seru, dan penggunaan segmen agama. Kajian seterusnya dapat meneliti secara mendalam bagaimana penggunaan retorik dalam video TikTok oleh ahli politik mempengaruhi pendapat dan pandangan masyarakat awam terhadap isu-isu politik. Analisis dapat difokuskan pada respons dan reaksi masyarakat terhadap retorik yang digunakan. Kajian lanjut boleh mengkaji bagaimana penggunaan retorik berubah atau disesuaikan dalam konteks pengucapan multibahasa, khususnya apabila politikus berkomunikasi dalam lebih daripada satu bahasa. Ini dapat memberikan wawasan ke dalam bagaimana aspek bahasa memainkan peranan dalam daya saing retorik. Kajian bandingan boleh dilakukan untuk memahami perbezaan dalam penggunaan retorik antara TikTok dan platform media sosial lain. Ini dapat membantu mengenal pasti ciri-ciri unik retorik politik dalam setiap platform dan impaknya terhadap audiens yang berbeza.

  1. Evaluative Language in Political Speeches: A Case Study of Iranian and American Presidents’ Speeches... macrothink.org/journal/index.php/ijl/article/view/9398Evaluative Language in Political Speeches A Case Study of Iranian and American PresidentsAo Speeches macrothink journal index php ijl article view 9398
  2. Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli Parlimen Malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum (PRU)... journal-center.litpam.com/index.php/ijlic/article/view/1609Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli Parlimen Malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum PRU journal center litpam index php ijlic article view 1609
Read online
File size409.75 KB
Pages20
DMCAReport

Related /

ads-block-test